[LIRIK] Cinta Selepas Hujan- Slash

Hamparan sutera indah
bukannya yang kuidamkan kini
Hanyalah warna pelangi
yang ingin kugapai selamanya

Bisakahku sunting dirimu kala
kau hadir selepas hujan
kan meninggi deruanmu kehujungnya
termampukah aku menyintaimu
Setulus hati yang kupasti
pasrah ternanti

Biarpun aku tenggelam kedasar cinta
kudus..
agar melimpahi nur cinta
rela terbakar.

diriku sendiri, agar ku kenali rindu
Meskipun kau takkan mengalah
dengarlah rintihan batinkau yang
amat kucintai selamanya

*termampukah aku menyintaimu
Setulus hati yang kupasti
pasrah kunanti

Biarpun aku tenggelam kedasar cinta
kudus..agar melimpahi nur cinta
rela terbakar.
diriku sendiri, agar ku kenali rindu

Cinta selepas hujan
sesegar bayu..
didataran cinta yang kontang
pastikah kekal

Namun sejuta harapanku
dapatkan darimu
untuk menyeri dimalamku
dan disetiap nadiku bergerak
engkaulah yang ku sayang