[LIRIK]- Setitis Racun Dalam Madu-EYE


Hati insan yang manakah..
yang tidak ingin dicintai..
walau pun berat dugaannya..
bercinta dicinta sungguh indahnya
terkadang terluka hati terkadang tercuit pilu
oleh rasa cemburu
yang lahir dari rasa sayang..woo
itulah yang terjadi padaku
yang terjebak dilautan cintamu
walau mulanya cubaku menepis
namun kesepian diri
membuka ruang untukmu
bertahta dihati.. ini..
*Namun jauh disudut hatiku rasa sangsi..
kerana lakonan dan kepuraanmu tak menjadi
lalu kemanakah harusku campak hati ini
yang setengahnya telah kau miliki
serba salah diriku keranamu....
sampainya hati mu kekasih bermain daku
dalam madu yang engkau beri racun kau titiskan
mungkin kau pernah dikecewakan masa yang lalu
andai benar telahanku mengapakah oh diriku
kau jadikan mangsa dendammu...
oh kekasih