[LIRIK] Bunga Cinta Nista- Lemon-T

Hadirmu umpamanya suria pagi 
Bersinar di sebalik kabus senja 
Tika dayung bertemankan sepi 
Airmataku kutip bak mutiara
Siapa kata aku tak kasih sayang 
Kepadamu kuluahkan harapan 
Kunyalakan benih asmara 
Bunga nista menoktah cinta
Dalam diri ada cinta 
Di dalam cintaku ada rindu 
Dalam rindu ada sayang 
Di dalam sayang ada hempedu
Dalam hatiku menangis 
Luka lama berdarah kembali 
Engkau pergi meninggalkan 
Ku di sini kelemasan 
Kerana kau kumenangis Oh... 
Hanya kau yang mengerti 
Sengsaranya ku di sini
Kurelakan impianku ini 
Sangkut bersangkut jalin berjalin 
Kubiarkan tersimpul Hingga akhir hayat nanti